BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Wednesday 6 April 2011

Cinta Terhadap Allah

Mati Syarat Bertemu Allah.

Imam Al-Qurtubi menerusi satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitabnya al-Hilyat menyatakan :

Ketika Nabi Ibrahim a.s didatangi Izrail untuk mencabut nyawanya, berkata Ibrahim kepadanya : "Wahai Izrail, pernahkah seorang kekasih mencabut nyawa kekasihnya sendiri? "

Lalu Izrail memberitakan pertanyaan Ibrahim ini kepada Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t memerintahkan Izrail menyampaikan jawapanya kepada Ibrahim sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : "Wahai Ibrahim, apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang tidak gembira untuk bertemu dengan kekasihnya sendiri?"

Apabila Ibrahim mendengar jawapan Allah menerusi Izrail ini, berkata Ibrahim : "Wahai Izrail, cabutlah nyawaku saat ini juga!"

Inilah kesempurnaan mahabbah hamba terhadap Rabb-Nya. Ia pasti terhasil apabila sifat kehambaan itu dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan yang singkat ini. Wallahu'alam.    (mutiara tasawwuf : solusi)

0 sahabat sejati: